Modenas Ace 115 Model Modenas Terbaru

by KertasPaper · 0 comments

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melancarkan motosikal baru Modenas Ace 115 menampilkan reka bentuk serba baru berlandaskan reka bentuk skuter dan digabungkan dengan ciri-ciri motosikal ‘moped’ (kapcai gabungan skuter).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ismail berkata, model baru itu mampu menepati cita rasa golongan pengguna berusia 18 hingga 35 tahun yang mahukan keterampilan berbentuk kesukanan, berani dan berevolusi.

“Dengan pengenalan model terbaru ini, Modenas yakin dapat memperbaiki penguasaan pasaran ke tahap 15 peratus di akhir tahun kewangan 2012 dan 2013 dengan sasaran anggaran purata jualan keseluruhan 7000 unit sebulan,” katanya lagi.

Motosikal dengan tema ‘Evolusi Impian’ itu hadir dengan reka bentuk segar dan sporty, dilengkapi enjin 120cc 4-lejang, 1 silinder dan SOHC. Harga yang ditawarkan sebanyak RM4,598.00 (dual starter) tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

Menariknya berkenaan Modenas Ace 115 keluaran 2012 ini ialah sistem suspensi belakangnya menggunakan sistem monoshock tunggal, dengan sistem brek cakera di depan dan dram di belakang. Secara keseluruhan, harga yang ditawarkan bagi motosikal versi ‘skucai’ ini amat kompetetif dengan apa yang bakal diperolehi oleh pelanggan, terutamanya oleh golongan muda-mudi.

Alam Informasi

Bedah Arab Murah $2.95 .Com from GoDaddy!

Kerja Dirumah: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?
Masalah GIGI KUNING?

Incoming search:

komen modenas ace 115

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Untuk Lelaki Download Disini Percuma !!!

Super Isteri - Untuk Wanita Sahaja

Previous post:

Next post: