Amalan Pembuka Rezeki

by KertasPaper · 6 comments

20 Amalan Pemurah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Alam Informasi

Bedah Arab Murah $2.95 .Com from GoDaddy!

Kerja Dirumah: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?
Masalah GIGI KUNING?

Incoming search:

doa pemurah rezeki,doa pembuka rezeki,amalan pembuka rezeki,doa pembuka pintu rezeki,doa dilapangkan rezeki,hadis amalan pembuka rezeki,doa di lapangkan rezeki,ayat doa pembuka rezeki,wallpaper doa untuk ibubapa,doa untuk melariskan barang jualan,DOA PEMBUKA RISKI,dzikir pembawa rejeki,dzikir pembawa rezki,doa pembuka rezki,dzikir penarik rizki,dzikir supaya harta berlimpah,dzikir untuk datangkan uang,Dzikir untuk melariskan dagangan,gambar doa dimudahkan urusan,gambar doa istri,gambar doa minta rejeki,gambar penarik rejeki,DZikir murah rezeki,dzikir membawa rejeki,dzikir agar diberi keberkahan umur dan kemurahan rezeki,doa saat sempit rejeki,DOA UNTUK MEMULAKAN JUALAN,doa untuk senang buat jualan,doa rezeki,doa untuk suami agar mau dagang,doa untuk suami keluar mencari rezeki,doa wirid sehari-hari agar rejeki lancar,doa-doa pembuka rezky,doAdikasihrezkimelinpah,doa penarik rezeki,dp doa ibu solehah,doa pembuka rizki,dp doa motivasi rezki,hadis perniagaan,keajaiban doa pembuka rezeki,surah2 terampuh yang perlu di amalkan rumi,tips keberkatan rezeki,tulisan arab pembawa rezeki,Walfaper mantra mendatgka orng secepatnya,Wirid mudah untuk mendatangkan uang dalam waktu singkat,wirid murah rezeki,Wirid rejeki,www asmaul husna tentang resqi untuk modal usaha,www petua atau ayat supaya suami sentiasa sayang dan ingat,ziki:r melariskan dagangan,zikie mustajab riski,zikir ampuh pembuka rezeki,zikir asma ul husna pembawa rexeki,zikir cepat dapat riski,zikir dimurahkan rezki,surah-surah pemurah rezki,surah pemurah rezeki,surah pembawa rezeki,mantra dan doa dimudahkn rizki,memudah kan rezeki,memudahkan sang suami mencari rezeki,mudah dapat rezeki,mudah rezeqi dan berkah,oa latin minta d mudah kn rexeki,orang yg berdoa,pembuka pintu risqi,pemurah rezeki,pintu rezeki sempit,rezeki mudah dgang laris,Sabda nabi,selamat pagi dan doa murah rezeki,sunah sunah rasulullah rezeki,surah dan ayat rezeki,zikir untuk di mudahkan rejekinya,AGAR DIMUDAHKAN REZEKI,ayat kursi mudahkan rezeki,ayat murah rezeki,ayat pembuka amalan,ayat pemurah rezki,ayat suci alquran melariskan jualan,Ayat yang boleh mendapatkan rezeki yang lebat,ayatrezeki,bacaan agar dimudahkan rezeki,bacaan doa buat orang sakit,bacaan doa mohon rezeki halal dan berkah selamanya,BACAAN MUJARAB UNTUK DAPAT REZEKI,bacaan surah ayat doa pembuka rezeki,bagai cara dapat rezeki mencurah,biar banyak rejeki,biar rejeki lancar,Ayat alquran agar usha lancar,amalan zikir dan doa,amalan agar di mudahkan mencari rejeki,amalan agar menarik rejeki asmaul husna,amalan ampuh untuk rejeki,AMALAN BIAR JASAD TAK JADI BANGKAI,amalan doa untuk memancing ikan,amalan membuka rezeki,amalan menarik riski,amalan mudah tingkat rasa iman,amalan pembuka doa membuka pintu rejeki,amalan pemurah rizki,amalan penarik rejeki menurut islam,amalan rezeki,amalan rezeki mustajab,amalan untuk menarik banyak rezeki,amalan untuk mendapat mendatangkan uang,cara mengamalkan asmaul husna untuk mendatangkan rezeki,Cara mengamalkan ayat kursy yang ampuh,cara mudah lapangkan reski,doa mencari jodoh,doa mencari rejeki,Doa mencari reski,doa mencari rezeki,doa minta dilapangkan rezeki,doa minta jodoh,doa mohon rezeki pekerjaan,doa murah rezeki dan cepat kaya,doa murah rezeki dan kaya,doa mustajab pembuka rezeki,doa orang tua,doa pangil rezeki,doa pembuka jodoh dan rezeki yang tertutup,doa pembuka kunci rezeki,Doa pembuka pintu akhirat tanpa amalan,doa membuka rejeki,doa membanyakkan rezaki,cara mudah rezeki,dikiruntukrizkilancar,dilapangkan rezeki,dimudahkan segala rezeqi,DOA AMALAN JUALAN BIAR LARIS DAN BERKAH COM,doa amalan pemurah rezeki,doa cari jodoh,doa dan zikir murah rezeki,doa dan zikir panggil rezeki dengan cepat,doa di lapangkan pintu rezki,doa di mudahkan rejeki yang halal dan barakah,doa di permudahkan menjual,doa doa mustajab,doa doa orang teraniaya dan dimurahkan rezeki,Doa jodoh dalam islam,doa pembuka rejeki tulisan arab

{ 6 comments… read them below or add one }

Rief May 29, 2013 at 4:25 pm

Makasih Sob atas Pencerahannya

Reply

Yogi S Melik July 4, 2013 at 10:47 am

Sangat bermanfaat. Semoga berkah

Reply

kholifah September 5, 2013 at 3:19 pm

Terima kasih atas pencerahannya, semoga berkah…..

Reply

ylistendi September 18, 2013 at 8:22 am

Rutin melakukan Sholat malam dan berpuasa sunnah….Insya Alloh…

Reply

dzan September 25, 2013 at 7:05 pm

Camne salah satu selawat yg terbaik?

Reply

Masnun Tholab January 20, 2014 at 5:55 am

“Ya Allah, bantulah aku untuk berdzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik” (HR. Abu Daud 1302; Tirmidzi 900)
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya ampunanMu dan adzabMu yang tiba-tiba serta dari seluruh kemurkaanMu” (HR. Abu Daud 1321)
“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari (sifat) gelisah, sedih, lemah, malas, kikir, pengecut, terlilit hutang dan dari keganasan orang” (HR. Bukhari 2679; Tirmidzi 3406)

Reply

Leave a Comment

Untuk Lelaki Download Disini Percuma !!!

Super Isteri - Untuk Wanita Sahaja

Previous post:

Next post: