Air dan Jenis-Jenisnya Dalam Bersuci

by KertasPaper · 1 comment

Air merupakan sumber keperluan manusia untuk terus hidup.Ia digunakan sebagai rutin harian dalam kehidupan. Sebahagian Bumi juga terdiri daripada air iaitu lautan. Tetapi tahukah kita air terbahagi kepada beberapa jenis yang mana telah digariskan dalam Islam.Terdapat lima jenis air yang disepakati dalam syarak.

    1. Air Mutlak

Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas.

Air yang sah dibuat bersuci.

  1. Air hujan.
  2. Air embun.
  3. Air laut.
  4. Air sungai.
  5. Air perigi.
  6. Air mata air.
  7. Air Salji.

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masin dan sebagainya.

 

 2. Air Musta’mal

Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.

 

3. Air Mutaghayyir (Air Muqayyid)

Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.

Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain.

contoh: Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

 

Peringatan.

  • Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.
  • Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.
  • Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.
    Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.
  • Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.
  • Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.

 

4. Air Mutanajjis

Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.

Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.

contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.

 

Peringatan.

Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;

  • Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya
  • Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.

 

Sukatan dua kolah.

  • i. Bagi bekas segi empat sama;
    Panjang – 60 cm (22.5 inci).
    Lebar – 60 cm (22.5 inci).
    Dalam – 62.5 cm ( 25 inci).

Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.

  • i. liter – 174 liter
    ii. Kilogram – 190 kilogram.
    iii. kati – 317 kati.
    iv. tin minyak tanah – 11 tin

 

5. Air Musyammas

Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.

Hukumnya; Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.

 

Keterangan

  • Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.
  • Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.
  • Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.
  • Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.

 

RUMUSAN

Air dan Jenis-Jenisnya Dalam Islam

 

Bedah Arab Murah $2.95 .Com from GoDaddy!

Kerja Dirumah: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?
Masalah GIGI KUNING?

Incoming search:

contoh air mutlak,jenis air dalam islam,senarai air mutlak,jenis-jenis air dalam islam,jenis2 air dalam islam,Jenis2 air dlm islam,jenis jenis air islam,jenis air untuk bersuci,PERBEZAAN AIR YANG BOLEH BERSUCI,jenis jenis air untuk bersuci,jenis air,bersuci hadas besar dalam 4 mazhab,air yang sah dibuat besuci,Air Tanah dan jenisnya,Air suci dalam islam,air mutlak adalah contoh,air mutaghayyir,air dan jenisnya,air dalam islam,7 jenis air dalam islam

{ 1 comment… read it below or add one }

Jubah Moden August 25, 2013 at 6:31 pm

Mmmm saya rasa .. blog awak memang terbaik dalam kupasan nie….

tahniah…

Reply

Leave a Comment

Untuk Lelaki Download Disini Percuma !!!

Super Isteri - Untuk Wanita Sahaja

Previous post:

Next post: